Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Friday 28 April 2023

KATA PEMERI (NOTA DAN LATIHAN)

Contoh Ayat

1. Dr. Azhar yang berucap di perhimpunan sekolah    ialah   bekas penuntut sekolah ini.. (kata nama / frasa nama - Formula a)

2. Penuntut perempuan yang jelita itu    ialah  tunangan orang. 
(kata nama / frasa nama - Formula a)

3. Tiada siapa yang menyangka dia   adalah  sangat garang orangnya.
(kata adjektif - Formula b)

4Penyakit Hussein yang berjangkit itu    ialah  penyakit yang tiada penawarnya lagi. (kata nama / frasa nama - Formula a)

5. Matlamat mengadakan laman web Bahasa Melayu    adalah   untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan. (kata sendi - Formula b)

6. Pasar serbaneka itu yang dibuka di kawasan itu    adalah  untuk kemudahan penduduk di situ. (kata sendi - Formula b)

7. Rumah baru di hadapan rumah saya itu    ialah  milik Encik Mokhtar.

8. Salah satu masalah remaja    ialah  tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan. (kata nama / frasa nama - Formula a)

9. Semua fitnah yang dilemparkan kepada Sakinah    adalah  tidak benar.
(kata nafi + kata adjektif - Formula f)

10. Suara murid itu   adalah  tidak jelas.  (kata nafi + kata adjektif - Formula f)


LATIHAN KATA PEMERI 1

1.    Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.

2.    Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam. 

3.   Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.

4.    Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja

5.    Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.

6.    Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.

7. .  Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.

8.    Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.

9.   Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.

10.  MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.

 

LATIHAN KATA PEMERI 2 

1. Pemuda yang berbaju biru itu             bakal suami kakak saya.

2. Novel yang bertajuk “Bunga-bunga Berguguran “ itu             novel terbaru penulis wanita itu.

3. Kain songket yang dibeli dari negeri Terengganu itu             untuk ibunya. 

4. Semua fitnah yang dilemparkan kepada Sakinah             tidak benar.

5. Hadiah hari jadi yang diterima itu             daripada kawannya yang baru seminggu dikenalinya. 

6. Faisal             kerani bank di Bank Simpanan Nasional yang terletak di bandar Ipoh .

7. Gunung Tahan             gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

8. Maklumat saksi pembunuhan itu             tidak benar setelah disiasat oleh pihak polis.

9. Tujuan utama kutipan derma             untuk membina balai raya yang baru.

10. Perempuan yang sedang melintas jalan itu             ibu saudara saya.

11. “Bungkusan itu             untuk kakak kamu,” kata Amir kepada Samir . 

12. Zamzuri itu             guru baru yang akan mengajar di Tahun Enam Maju .

13. Adiknya             comel dan mempunyai lesung pipit .

14. Buah epal itu             untuk adik yang terlantar sakit di hospital .

15. Tuan punya kedai emas itu                         bapa saudara Muhyuddin . 

16. Kereta Proton Wira itu             kepunyaan bapa Ahmad. 

17.Hadiah yang cantik itu             untuk ibu kesayangannya.

18. Rumah banglo yang besar dan mewah itu             rumah bapa saudaranya.

19. Tabung bantuan rakyat Palestin             untuk membantu penderitaan dan kesedihan yang dialamioleh rakyat Palestin.

20. Negeri Pahang             negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

21. Laporan kebakaran itu              palsu.

22. Tempat kelahiran ibunya              Klang.

23. Udara yang bergerak             angin.

24. Angin                udara yang bergerak.

25. Gadis itu                  sepupu Zuraini. 


LATIHAN QUIZIZZ